Mingguan Melaka
     

MESIN CAP IBU JARI UNTUK TINGKAT DISIPLIN KAKITANGAN

AYER KEROH : Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) melangkah maju setapak lagi keera pengggunaan teknologi canggih dan moden, dengan memperkenalkan system 'Fingerprint Clock In'.

Mesin serba moden dan canggih itu ialah mengecap ibu jari kanan bagi kakitangan untuk merakamkan kedatangan pergi dan balik (termasuk bagi mereka yang melakukan kerja-kerja lebih masa).

Setiausaha MPMBB, Baharom Majid berkata, mesin tersebut bernilai RM50,000 itu bertujuan untuk mempertingkatkan tahap disiplin di samping untuk memastikan kakitangan MPMBB mengamalkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah.

"Mesin ini banyak memberikan manfaat kepada kakitangan, sistem menggunakan cap jari ini membuktikan MPMBB sentiasa mengamalkan sikap ketelusan, melalui disiplin yang tinggi dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai," katanya.

Baharom berkata, sebelum ini MPMBB telah melaksanakan sistem mencatit kedatangan pergi dan balik bagi kakitangannya, dengan menggunakan kaedah "Punch Card".

Sebelum itu, MPMBB mengunakan sistem lama yang banyak menimbulkan berbagai masalah, bagaimanapun, dengan menggunakan sistem 'Tingerprint Clock In' ini MPMBB berjaya menyelesaikan berbagai masalah termasuk isu disiplin kakitangannya.

 

Mingguan Melaka : 16 Sep - 22 Sep 2001. Issue 62

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 62 (16 Sep - 22 Sep 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner