Mingguan Melaka
     

RM2.6 BILION PELABURAN DALAM TIGA BULAN PERTAMA

MELAKA mencacatkan jumlah pelaburan dalam tempuh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak RM2.6 bilion iaitu peningkatan sebanyak 160 peratus daripada sasaran awalnya iaitu RM1 bilion.

Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd. Ali Rustam berkata kajian yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) itu berikutan permohonan yang menggalakkan diterima daripada pelabur yang berminat untuk melabur di negeri ini dalam tempoh suku pertama tahun ini.

"Dalam tempoh itu sahaja MIDA telah meluluskan pelaburan sejumlah RM2.308 bilion iaitu RM2.3 bilion adalah daripada pelabur asing manakala baki RM2 juta itu pula membabitkan pelabur tempatan," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, MIDA kini dalam proses meluluskan tujuh lagi permohonan pelaburan iaitu dua adalah projek baru manakala lima lagi adalan projek pembesaran kilang yang sedia ada.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berkata, permohonan yang sedang diproses itu adalah pelaburan dari syarikat Jerman, Singapura dan Taiwan.

Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri menyambut baik ke atas keyakinan para pelabur untuk membuat pelaburan di negeri ini yang turut menawarkan pelbagai kemudahan juga insentif.

Beliau berkata, syarikat-syarikat terbabit merupakan pelabur yang melibatkan pengeluaran peralatan elektronik, alat pandang dengar, pembesar suara multimedia dan peralatan teknologi maklumat.

"Ini merupakan satu kejayaan yang memperlihatkan iklim ekonomi di negara ini amnya dan Melaka khusunya memberikan keyakinan kepada para pelabur untuk datang membuat pelaburan," katanya.

 

Mingguan Melaka : 27 May - 2 Jun 2001. Issue 46

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 46 (27 May - 2 Jun 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner