Naib Presiden dan Pengarah Urusannya, Wil Fluit berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada pertambahan hasil pengeluaran yang dijangka berikutan pembinaan sebuah lagi kilangnya di Krubong. "Sebelum ini sebuah lagi kilang di kawasan Perdagangan Bebas Batu Berendam yang beroperasi sehjak 1974 menghasilkan pendapatan kira-kira RM3.5 bilion sejak Oktober tahun lepas," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. oleh Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam di Krubong baru-baru ini. Fluit berkata, pendapatan dari kilang berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai Siemens, membabitkan pengeluaran 800 juta komponen sebulan bagi pasaran eksport negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Asia. Beliau memberitahu, sebanyak 30 peratus pasaran eksportnya membabitkan negara-negara Asia termasuk China, Singapura dan Hong Kong. Menurutnya, kilang dengan keluasan 5,400 meter persegi di Krubong itu akan mengeluarkan komponen infra merah untuk kegunaan peralatan berteknologi tinggi seperti alat kawalan jauh televisyen.
Mingguan Melaka : 11 Mar - 17 Mar 2001. Issue 35 Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 35 (11 Mar - 17 Mar 2001) |
||||