| RAKYAT MISKIN DAPAT BEKALAN
AIR BANDAR MELAKA : Pengerusi Jawatankuasa Kemajaun dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri ini diminta supaya mengenal pasti penduduk miskin di kawasan masing-masing yang memerlukan bekalan air paip. Timbalan Pengerusi Perbadanan Air Melaka (PAM), Hasnor Husin berkata, langkah itu bagi membolehkan PAM membekalkan air bersih secara percuma kepada golongan itu khususnya mereka yang menghadapi masalah kewangan. Beliau berkata, pengerusi JKKK adalah pemimpin yang paling hampir dengan penduduk di kawasan masing-masing dan mereka mempunyai maklumat mengenai penduduk miskin yang memerlukan bantuan berkenaan. Menurutnya, PAM tidak menghadapi masalah membekalkan air paip berkenaan kerana pihaknya mempunyai pelbagai cara untuk mengagihkan bantuan itu. "Antara kaedah yang digunakan ialah menawarkan pinjaman RM500 bagi pemasangan paip dan bayaran akan dijelaskan melalui bil bulanan," selepas membekalkan air kepada Buruk Leman di kampung Beringin, Durian Tunggal di sini baru-baru ini. Hadir sama anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal, Datuk Abdul Kadir Daud. Hasnor berkata, cara lain ialah menyalurkan bekalan air secara percuma selepas kajian terhadap latar belakang pemohon dilakukan bagi memastikan mereka benar-benar tidak berkemampuan. Beliau memberitahu, Pam sememangnya peka terhadap masalah yang dihadapi penduduk miskin di luar bandar khususnya mereka yang tidak mempunyai saudara mara lagi. Mengenai bantuan yang diberikan kepada Buruk, Hasnor berkata bantuan merupakan kali kedua yang dilakukan oleh PAM setelah memberikan bantuan yang sama kepada seorang penduduk miskin di Masjid Tanah akhir tahun lepas. Sementara itu, Buruk, 84, mengucapkan terima kasihnya kepada PAM yang memberikan bantuan air percuma iu setelah sekian lama mendiami rumah berkenaan iaitu 1974 lalu. "Walaupun permohonan untuk mendapatkan bekalan air itu telah dibuat sejak setahun lepas namun akhirnya dapat juga saya menikmati kemudahan ini," katanya gembira. Mohd. Ali memberitahu, perbezaan di antara ladang di negeri ini ialah dari segi keluasannya kerana di Brisbane keluasan kawasannya sekitar 80 jenis buah-buahan ditanam. Beliau berkata, kos bagi melaksanakan projek itu dianggarkan berjumlah RM20 juta dan dijangka akan menjadi salah satu produkbaru pelancongan di negeri ini.
Mingguan Melaka : 11 Mar - 17 Mar 2001. Issue 35 Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 35 (11 Mar - 17 Mar 2001) |
||