Mingguan Melaka
     

KEMERIAHAN SUKAN MELAKA IV SEMAKIN HANGAT

Kemeriahan Sukan Melaka KE-4 semakin terasa apabila semua kategori iaitu di peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jabatan-Jabatan Kerajaan (MAKSAK) serta Kilang dan Industri mula bertanding bagi merebut tempat mewakili kategori masing-masing.

Para pemenang akan mewakili kategori masing-masing untuk pertandingan peringkat Kawasan dan Parlimen yang akan berlangsung pada September nanti.

Tinjauan Mingguan Melaka di Dewan Sekolah Kebangsaan Keh Seng, Bukit Baru, mendapati bahawa pertandingan separuh akhir giat berlangsung bagi peringkat DUN Ayer Molek yang menerima hampir 200 penyertaan bagi acara badminton bergu serta peseorangan lelaki dan wanita.

Urusetia Penganjur bagi DUN Ayer Molek, Arispabila Omar, 38, berkata, seramai 51 penyertaan bagi bergu lelaki dan 13 (bergu wanita) telah mendaftar untuk mengambil bahagian.

Katanya, untuk acara perseorangan pula seramai 33 orang peserta lelaki telah mendaftar manakala wanita 13 orang dan semua pemenang di peringkat separuh akhir layak mewakili DUN Ayer Molek di peringkat Parlimen nanti.

.

Mingguan Melaka : 10 Jun - 16 Jun 2001. Issue 48

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 48 (10 Jun - 16 Jun 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner