Mingguan Melaka
     

JURURUNDING UM KAJI SEJARAH MELAKA

AYER KEROH : Kerajan negeri melantik sekumpulan jururundingdari Universiti Malaya (UM) untuk menjalankan kajian yang lebih terperinci terhadap sejarah Melaka dalam usaha memesatkan lagi sektor pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam berkata, kumpulan jururunding itu akan menjalankan kajian mereka secepat mungkin bagi mengenal pasti sejarah Melaka dengan lebih mendalam dan terperinci.

Beliau berkata, antara kajian yang akan dilakukan itu ialah mengenal pasti lorong laluan yang digunakan oleh Sultan Melaka di antara istana lama di Bukit St. Paul ke Bukit Senjuang.

Menurutnya, kajian itu turut merangkumi perkembangan sejarah penyebaran Islam di Pulau Besar, Pulau Upeh dan kampung-kampung termasuk juga bangunan-bangunan lama seperti rumah Munshi Abdullah di Bandar Melaka.

"Kajian itu telah diluluskan di dalam mesyuarat mingguan Exco dan kumpulan jururunding itu diketuai oleh Dekan Fakulti Seni Bina UM, Prof. Ezrin Arbi," katanya di sini.

Mohd Ali berkata, hasil kajian itu akan dibukukan sebagai salah satu produk pelancongan sejarah iaitu salah atu daripada sembilan sektor pelancongan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Aziz Mohd. Yusof diarah untuk mengumpulkan semua hasil kajian yang telah dijalankan oleh pelbagai universiti dan penyelidik sepanjang 10 tahun kebelakangan ini.

"Hasil kajian itu akan dijadikan sebagai bahan rujukan di Pusat Sumber yang akan diwujudkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi...pusat itu berfungsi sebagai tempat pemusatan segala maklumat," katanya.

 

Mingguan Melaka : 25 Feb - 3 Mar 2001. Issue 33

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 33 (25 Feb - 3 Mar 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner