Mingguan Melaka
     

KAMARUDIN PENGURUS BESAR IKSEP

BATU BERENDAM : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia(IKSEP) bakal berwajah baru dengan perubahan beberapa jawatan penting bertujuan memberi lebih tumpuan serta memesatkan aktivitinya.

Mohd Jamil Mukmin yang sebelum ini menjawat jawatan Pengurus Besar kini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi IKSEP sementara Pendaftar Kolej Islam Melaka Kamarudin Md Sah pula dilantik sebagai pengurus Besar IKSEP yang baru.

Perubahan berkenaan dijangka memantapkan lagi fungsi IKSEP terutama dalam memainkan peranannya mendidik dan menyalurkan maklumat berkaitan patriotisme kepada rakyat di negeri ini.

IKSEP pada tahun ini bakal menguruskan pelbagai program seperti konvensyen, seminar dan bengkel selain menerbitkan beberapa buah buku seperti Dunia Melayu Dunia Islam, Persatuan dan Perpaduan, Tokoh-Tokoh Negeri Melaka, Sejarah Gerakan 4B Malaysia, Jurnal IKSEP II 2001 dan Historic Tourism of Melaka.

Satu program penulisan semula "Sejarah Nasional Malaysia" akan turut dilaksanakan oleh IKSEP dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Sejarah Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Mingguan Melaka : 25 Feb - 3 Mar 2001. Issue 33

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 33 (25 Feb - 3 Mar 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner