Mingguan Melaka
     

TANPA GELANGGANG... SKUAD KANCIL BERSEMANGAT WAJA

PASRAH bukan menjadi konsep anak buah Ramli Junit, sebaliknya ketiadaan gelanggang tuan rumah untuk saingan Liga Malaysia dijadikan cabaran utama untuk berjuang pada liga berkenaan musim ini.

Skuad Kancil tidak akan menjadikan isu Stadium Kubu sebagai alasan gagal untuk mencapai matlamat menyertai Piala Malaysia, musim ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa), Hahi Salleh, berkata semua pemain negeri itu sudah bersedia untuk bertemu pasukan lawan tanpa penyokong tampatan.

"Boleh dikatakan setiap kali sesi latihan bermula, Ramli mengingatkan anak didiknya supaya melupakan venue perlawanan sebaliknya menumpu sepenuh perhatian pada perlawanan," katanya.

Hahi berkata, pendedahan yang diberi kepada skuad Kancil sudah cukup untuk menyakinkan pengurusan pasukan negeri itu bahawa pemain tidak lagi menjadikan gelanggang sebagai alasan.

Ini berikutan, projek pembangunan Stadium Kubu yang seharusnya selesai menjalang Mac tidak dapat disiapkan dalam tempoh terdekat ini.

Stadium Kubu yang pernah dihalang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada menjadi gelanggang tuan rumah Liga Malaysia disebabkan lampu limpah yang malap kini sedang dalam proses pembaikan permukaan padang.

Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) menyediakan peruntukan kira-kira RM7 juta bagi tujuan meninggai dan menaikkan taraf stadium berkenanan supaya sesuai untuk perlawanan bola sepak.

Sebelum ini MPMBB belanjakan RM2.5 juta untuk menukar lampu limbah stadium itu yang diimport dari luar negara termasuk menyiapkan kerja pendawaian semula bagi membolehkan perlawanan dilangsungkan pada sebalah malam.

Kini lampu limpah yang mewujudkan kontroversi sudah selesai dan cuma menunggu rumput baru yang ditanam pada permukaan padang cukup edah untuk digunakan.

Hahi berkata, kerja menanam rumat akan bermula pada awal Mac dan dijangka stadium itu dapat digunakan sepenuhnya selepas tiga bulan.

"Kami yakin stadium ini akan dapat digunakan untuk Liga Malaysia apabila perlawanan pusingan kedua bermula Jun depan," katanya.

 

Mingguan Melaka : 25 Feb - 3 Mar 2001. Issue 33

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 33 (25 Feb - 3 Mar 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner