Beliau berkata, taman itu berkonsep Industrial Park iaitu kombinasi antara perngeluaran hasil pertanian sebagai salah satu pusat pelancongan menarik. Taman berkenaan diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur dan usahawan termasuk sektor swasta yang berminat dalam pengeluaran makanan yang berasaskan pertanian. Katanya kepada Mingguan Melaka selepas diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Muhamad Damanhuri Ahmad di TKPM, di sini baru-baru ini. Turut serta lawatan kerja itu ialah Ketua Setiausaha Negeri Datuk Abdul Aziz Mohd. Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk R.Raghavan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal, Datuk Abdul Kadir Daud. Ibrahim berkata, Jabatan Pertanian Negeri diberi tanggungjawab supaya seluruh keluasan tanah itu dapat dimanfaatkan sehingga ke peringkat optimum dan menjamin pengeluaran pertanian yang diusahakan oleh para peserta projek itu berterusan. Tanaman yang sesuai ditanam di situ antaranya ialah kelapa, durian, nangka, betik, limau, belimbing, pisang, tebu, pastura, ciku dan sayuran termasuk 45,000 batang pokok Tongkat Ali, jelasnya. Selain itu, menurutnya, peserta-peserta digalakkan menanam tanaman cepat tuai seperti serai, kunyit, halia, limau kasturi, kedondong, pisang, nenas dan jenis sayur-sayuran. TKPM satu-satunya projek yang berpotensi boleh mengeluarkan hasil yang lumayan kepada para peserta yang mengusahakan sektor pertanian secara komersil, tegasnya. Sehubungan itu, beliau berkata, peserta-peserta projek TKPM diberi bantuan seperti khidmat nasihat dan teknologi dalam semua bidang yang berkaitan dengan pertanian termasuk pemasaran dengan harapan TKPM boleh membantu menampung keperluan makanan dalam negeri ini. Untuk mencapai matlamat ini, Ibrahim berkata, kerajaan mengharapkan supaya empat syarikat dan 19 usahawan yang terlibat dalam projek itu perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk mencapai sasarannya. Dalam pada itu, beliau berkata , bagi menyokong usaha kerajaaan memajukan industri pelancongan, TKPM merupakan produk pelancongan yang sedang dirancang antaranya seperti mengadakan pelbagai kemudahan rekreasi, pusat jualan produk TKPM dan rumah rehat di situ.
Mingguan Melaka : 18 Feb - 24 Feb 2001. Issue 32 Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 32 (18 Feb - 24 Feb 2001) |
||||