Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Poh Ah Tiam berkata, penutupan jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membina semula jambatan yang lebih baik dan selesa dilakukan. Bercakap kepada pemberita ketika melawat jambatan itu katanya, hasil pemeriksaan JKR mendapati jambatan yang dibina sejak 1961 itu tidak lagi selamat digunakan kerana tiangnya telah pun rosak teruk selain condong pada 10 hingga 15 darjah sejak minggu lepas. JKR diarahkan untuk memeriksa struktur jambatan berkenaan dan mendapati ia sudah tidak selamat digunakan lagi oleh sebarang jenis kenderaa sebagai alternatif JKR akan bina sebuah jambatan sementara menunggu jambatan baru disiapkan, katanya. Poh menjelaskan reka bentuk baru dan tender bagi membina jambatan baru itu akan dikeluarkan secepat mungkin bagi memastikan jambatan berkenaan dapat disiapkan dalam masa terdekat. Beliau juga meminta orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan supaya dapat memberikan kerjasama dan bersabar sementara menunggu jambatan baru yang lebih selamat siap dibina.
Mingguan Melaka : 18 Feb - 24 Feb 2001. Issue 32 Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 32 (18 Feb - 24 Feb 2001) |
||||