Mingguan Melaka
     

TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH MELAKA TENGAH

Ketua Polis Baru

BANDA HILIR : Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah (TKPD) yang baru, Supt. Mohd. Hashim Mohamad yang menggantikan Supt. Razali Mohd. Sharif kerana bersara wajid memulakan tugasnya pada 1 April.

 

Satu majlis penyerahan tugas telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen di Jalan Kota di sini dengan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Mohamed Salim Abas.

Mohd. Hashim berharap akan mendapat sepenuh kerjasama serta bimbingan terutama dalam menjalankan tugas barunya itu.

Beliau yang berpengalaman luas di bahagian trafik terpilih untuk mengantikan Razali yang berkhidmat sebagai TKPD negeri sejak 1997.

Razali yang lama berkhidmat bersama kontijen PDRM Kedah selain Butterworth, Pekan dan Besut disifatkan sebagai seorang pegawai yang cekap, berpengalaman dan tegas serta banyak memberi sumbangan kepada PDRM khususnya di daerah Melaka Tengah.

 

Mingguan Melaka : 8 Apr - 14 Apr 2001. Issue 39

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 39 (8 Apr - 14 Apr 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner