Mingguan Melaka
     

REHDA BANGUNKAN ALOR GAJAH

BANDAR MELAKA : Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Cawangan Melaka (REHDA) bertekad akan memberikan kerjasama kepada Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) dalam membangunkan daerah berkenaan.

Pengerusi REHDA, Terence Tan Kok Sui berkata, Alor Gajah adalah salah satu daerah di Melaka yang sedang pesat membangun dan pihaknya sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan kerjasama yang diperlukan.

"Setakat ini kerjasama yang diberikan oleh pihak MDAG kepada REHDA amat memuaskan dan kami berharap kerjasama ini akan berterusan," katanya ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua MDAG, Idris Haron di pejabatnya baru-baru ini.

Hadir sama beberapa Ahli Jawatankuasa REHDA.

Sementara itu, Idris Haron mengalu-alukan komitmen yang diberikan oleh REHDA.

Beliau berkata, MDAG sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang ingin berganding bahu dengan pihak kerajaan ke arah pembangunan yang positif.

 

Mingguan Melaka : 8 Apr - 14 Apr 2001. Issue 39

Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 39 (8 Apr - 14 Apr 2001)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner