| PROGRAM BDI MDAG DITERUSKAN KAMPUNG LONDANG : Program Bersih dan Indah anjuran Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) terus mendapat sambutan daripada penduduk. Minggu ini dua buah rumah lagi dipilih sebagai pemenang. Bagi kategori Rumah Batu, pemenangnya ialah Omar Baba dari Jalan Sekolah Seri Laksamana, Bukit Beringin. Manakala Endon Said dari Kampung Londang memenangi kategori Rumah Tradisional. Hadiah berupa hamper bernilai RM100 dan sijil penghargaan disampaikan oleh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sg. Udang, Kapten (B) Karim Sulaiman baru-baru ini. Kedua-dua buah rumah itu bukan sahaja bersih halamannya malah dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Keindahan lanskap yang dipamerkan juga menunjukkan kreativiti dan inisiatif untuk mengindahkan lagi kediaman sekaligus memberi saingan hebat dalam pertandingan. Selain bertujuan untuk menggalakkan masyarakat memelihara kebersihan tempat tinggal mereka, pertandingan itu juga diharapkan menjadi landasan untuk merealisasikan wawasan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju, terbersih dan terindah pada tahun 2010. . Mingguan Melaka : 29 Apr - 5 May 2001. Issue 42 Copyright © 2001 by IKSEP, Melaka . Issue 42 (29 Apr - 5 May 2001) |
||