Mingguan Melaka
     

KURSUS PEMANDU PELANCONG

AYER KEROH : Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan, Kolej Islam Melaka (KIM) akan menganjurkan kursus peningkatan kualiti pemandu-pemandu pelancong yang bertujuan memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan yang boleh ditawarkan di Melaka.

Selain itu, kursus itu juga diharapkan dapat mempertingkatkan kualiti dan perkhidmatan pemandu pelancong di negeri ini di samping memberi maklumat tepat mengenai sesuatu tempat kepada para pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Hamdin Abdollah berkata, para peserta juga akan diterangkan mengenai tugas yang tanggungjawab sebagai seorang pemandu pelancong bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan terjamin.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kursus peningkatan kualiti pemandu-pemandu pelancong yang akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober di Ayer Keroh Country Resort (AKCR) di sini.

Beliau berkata, penyertaan terbuka kepada semua pemandu pelancong khususnya mereka yang terlibat dengan operasi atau pengendalian dan mereka yang berminat di dalam bidang pelancongan di negeri ini turut dipelawa.

"Kursus akan dijalankan dalam bentuk seminar dengan penekanan kepada pembelajaran secara penemuan termasuk kuliah, ceramah, perbincangan berkumpulan, lawatan serta tayangan gambar mengenai tempat-tempat pelancongan di Melaka," katanya.

Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi:

Urusetia
Kursus peningkatan kualiti
Pemandu-Pemandu Pelancong
d/a Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan
Kolej Islam Melaka
31-1 Jalan Nirwana 2, Taman Nirwana
76100 Klebang, Melaka
Tel: 06-315 3705 / 315 5220

Mingguan Melaka : 8-14 Okt 2000. Issue 15

Copyright © 2000 by IKSEP, Melaka .

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner