Mingguan Melaka
     

KERETA LEMBU KEUNIKAN MELAKA

AYER KEROH : Kereta lembu merupakan salah satu kenderaan pengangkutan yang utama di zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke akhir tahun 1960an yang menjadi sistem perhubungan masyarakat petani ketika itu.

Memandangkan struktur geografinya negeri Melaka berbanding Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan tidak mempunyai banyak kawasan tanah tinggi serta melahirkan lebih ramai tukang-tukang kayu dari kalangan masyarakat Melayu dan Cina.

Keadaan sudah berubah di mana khidmat kereta lembu tidak lagi gunakan secara meluas pada masa kini yang digantikan dengan kereta berkuasa enjin tanpa bantuan haiwan di samping sistem jalan raya yang baik.

Usaha kerajaan negeri untuk mengekalkannya di samping memberikan peluang kepada para pelancong untuk merasai suasana menunggang kereta lembu sebuah kawasan khas telah dipilih bagi Pesatuan Kereta Lembu Melaka untuk menjalankan aktiviti mereka di situ di Pusat Pelancongan Ayer Keroh.

Sejak 1985 lepas, perkhidmatan kereta lembu boleh diperolehi di sekitar bandar Melaka terutama di tapak pelancongan Padang Pahlawan Bandar Hilir dan kini sudah dipindah ke kawasan itu sejak enam bulan lepas.

Perpindahan tapak operasi itu tidak memjejaskan minat para pelancong bagi mencuba menaiki kenderaan warisan berzaman itu yang sukar di perolehi di mana-mana jalan raya sekitar negeri ini lagi.

Pengerusi Persatuan Kereta Lembu Melaka, Zainal Nordin berkata, buat masa kini sebanyak tujuh buah kereta lembu yang disediakan dengan menggunakan khidmat 18 ekor lembu.

Beliau berkata para pelancong akan merasai pengalaman menaiki kereta lembu selama kira-kira 20 minit dengan angaran jarak 800 meter bermula dari tapak Taman Buaya hingga ke persekitaran Hutan Rekreasi .

Menurutnya, kadar tambang yang dikenakan RM10 bagi setiap perjalanan atau pusingan dengan muatan lapan orang bagi setiap kereta dengan alunan lagu asli sepanjang perjalanan di samping penerangan kepada pelancong.

Kunjungan pelancong ke negeri ini tidak lengkap tanpa menaiki kereta lembu sebelum pulang ke tempat asal kerana pengalaman itu sukar untuk dicari terutama di zaman yang serba moden ini.

Mingguan Melaka : 8-14 Okt 2000. Issue 15

Copyright 2000 by IKSEP, Melaka .

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner