Mingguan Melaka
     

MENTERI-MENTERI HAJI LAWAT MELAKA

BUKIT PALAH : Melaka sekali lagi mencatat sejarah apabila sebanyak 152 delegasi dari 52 negara Islam yang membabitkan menteri dan wakil pengurusan haji melawat Kursus Perdana Haji yang yang diadakan di Masjid Al-Azim di sini baru-baru ini.

Delegasi yang menghadiri Persidangan Bimbangan Haji Sedunia yang pertama kali diadakan di luar Arab Saudi itu turut melihat persediaan yang dilakukan oleh bakal-bakal haji di sekitar kompleks Al_Azim.

Di samping itu juga, para delegasi turut melawat persekitaran Masjid Al-Azim iaitu Masjid Negeri yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, dewan auditorium, kantin dan juga pejabat.

Lawatan itu diiringi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Andul Hamid Othman dan Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam.

Mingguan Melaka : 8-14 Okt 2000. Issue 15

Copyright © 2000 by IKSEP, Melaka .

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner