Mingguan Melaka
     

JONKER WALK PRODUK PELANCONGAN MELAKA

JONKER WALK : Hasrat kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka dengan menyediakan pelbagai produk pelancongan sememangnya memperlihatkan hasilnya apabila jumlah kehadiran pengunjung mula bertambah.

Antara produk baru yang diwujudkan ialah Jonker Walk yang menjadi pusat tumpuan pelancong di kawasan bandar selain Kompleks Warisan Sejarah yang terdapat di Banda Hilir di samping beberapa buah muzium.

Jonker Walk merupakan ilham Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd. Ali Rustam yang mahukan suasana kemeriahan berterusan di samping menjadikan bandar Melaka sentiasa berpesta dengan pelbagai aktiviti yang mampu menarik pelancong.

Pelbagai aktiviti perniagaan dan persembahan kebudayaan terdapat di Jonker Walk iaitu himpunan kebudayaan pelbagai masyarakat yang ada di negeri ini.

Mingguan Melaka : 5 Nov - 11 Nov 2000. Issue 19

Copyright © 2000 by IKSEP, Melaka . Issue 19 (5 Nov - 11 Nov 2000)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner