Mingguan Melaka
     

MELAKA PENGELUAR TONGKAT ALI TERBESAR DI DUNIA

MASJID TANAH : Melaka dijangka akan mencipta sejarah diperingkat antarabangsa sebagai pengeluar Tongkat Ali terbesar di dunia.

Pengurus Taman Impian Herba dan Jati, Aziz Tamby berkata, terdapat kira-kira 6,000 batang pokok Tongkat Ali yang berusia lebih dari setahun boleh didapati di taman herba itu yang seluas 2.4 hektar.

"Taman itu juga ditaman dengan kayu jati, kayu manis, kacip Fatimah dan terdapat juga sebatang sungai yang mengalir melalui kawasan taman berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat sempena lawatan kira-kira 20 anggota Badan Amal Dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Bistari) yang diketuai oleh Pengerusinya, Datin Wira Asmah Abd Rahman.

Aziz berkata, taman impian herba dan jati itu turut mengandungi pelbagai jenis tumbuhan antaranya ialah serai wangi, jerangau, misai kucing, misai tok Adam dan pokok cengkih.

"Beberapa kemudahan turut disediakan di taman ini antaranya restoran terapung yang dibuka setiap hari dari 7 malam hingga 1 pagi yang menghidangkan pelbagai jenis makanan sama ada ala Thailand mahupun masakan tempatan selain menyediakan keistimewaan air minuman herba tongkat Ali," katanya.

Aziz berkata, terdapat pelbagai jenis minuman tambahan seperti air kelapa muda, jus buah-buahan, ais krim "coconut shiker" di samping sebuah kolam ternakan ikan jelawat yang mengandungi kira-kira 5,000 ekor.

"Selain itu, taman impian herba dan jati ini turut mengadakan perkhidmatan rawatan dan urut tradisional dengan bayarah RM30 termasuk angin ahmar, sakit urat saraf dan terseliuh," katanya.

Untuk projek fasa II pula, pihak taman itu akan mengusahakan tanaman mangga Melaka Delite di kawasan seluas 3.2 hektar.

 

Mingguan Melaka : 19 Nov - 25 Nov 2000. Issue 21

Copyright © 2000 by IKSEP, Melaka . Issue 21 (19 Nov - 25 Nov 2000)

     
   

 

Contact us at :   Proudly Hosted by ,
Mail To iksep@melaka.net   Melaka Net Banner